Sunday 7 March 2010

Berkongsi Maklumat atau Berbahas.. Perkara yang saya takuti..

Berjumpa lagi,

Saya ingin memperkatakan mengenai pengalaman ketika berbincang, berbahas atau memperdebatkan sesuatu isu. Atau juga, memberikan idea mengenai sesuatu perkara....

Perkara yang paling saya takuti atau risau adalah apabila perbincangan itu melibatkan orang yang mempunyai pandangan yang amat berbeza disebabkan tahap pendidikannya yang berbeza samada terlalu tinggi atau lebih rendah dari saya (maksud saya diukur dari segi pendidikan formal seperti spm, stpm, sarjana muda, sarjana, doktor falsafah dan sebagainya). Bukan niat saya memuji atau merendahkan siapa2, sekadar berkongsi pengalaman.


Masalah akan wujud apabila cuba berbahas dengan mereka yang berpegang pada satu anggapan dan melihat sesuatu itu dari pandangannya sahaja tanpa cuba memahami. Lagi teruk, jika orang itu tidak mengiktiraf pandangan orang lain yang boleh dianggap berilmu. Selalu menganggapkan bahawa dia boleh lebih pandai dari orang itu tanpa perlu belajar untuk menjadi orang yang lebih pandai. Dalam erti kata lain, dia boleh pandai sendiri tanpa perlu diajar atau belajar. Akhirnya, dia menjadi pandai sendiri dan sentiasa mentafsirkan sesuatu isu itu berdasarkan kepandaian yang dicarinya sendiri.

Masalah ini wujud kerana, pada pandangan saya orang itu beranggapan bahawa pengetahuan ini adalah objektif dan bukannya subjektif. Oleh itu, orang itu akan bercakap mengenai pengetahuan tanpa mengenal konsep pengetahuan itu sendiri. Saya sendiri kurang faham mengenai konsep pengetahuan. Walau bagaimanapun, mempelajarinya membuatkan saya lebih menghormati pandangan orang lain. Membuatkan saya lebih mengerti betapa rendahnya pengetahuan saya. Membuatkan saya lebih mudah mengalah setiap kali berbahas kerana tiada gunanya berbahas dengan orang yang tidak mahu cuba untuk memahami konsep pengetahuan itu sendiri. Konsep pengetahuan bagi saya ialah persoalan2 berdasarkan spt apakah pengetahuan? macam mana pengetahuan itu diiktiraf sebagai pengetahuan? Macam mana mendapatkannya? apa kaedah mendapatkannya?

Kesimpulannya, lebih baik saya diam sekiranya berjumpa dengan orang seperti ini. Orang kata, biarkanlah si Luncai dengan labu-labunya.... Kadang-kadang membuatkan saya terfikir kata-kata kesat ketika dua pihak bertengkar iaitu "Tiada gunanya bertengkar dengan orang BODOH seperti kau ni"...... sesuatu yang sering kita dengar tapi jarang kita fikirkan....

Terima kasih..