Saturday, 19 September 2009

Semporna Di Hatiku

Setiap kali aku melangkah ke daerah baru dan persekitaran baru, perkara pertama sekali yang terlintas dalam ruang pemikiranku adalah perbandingan kemajuan yang mereka kecapi berbanding dengan daerah tanah tumpah darahku, Semporna. Secara peribadi terlalu banyak yang boleh dibandingkan, tetapi realiti kehidupan masyarakatnya adalah apa yang sering terbayang di hati.

Daerah Semporna, Sabah, Malaysia sering dikaitkan dengan keindahan alam semulajadinya khususnya pulau-pulau di persekitaran seperti Sipadan, Mabul dan Mataking, tidak ketinggalan Pandanan yang pernah menjadi bahan berita kerana kes penculikan oleh Kumpulan Abu Sayyaf dari Selatan Filipina. Secara umumnya, terlalu banyak yang boleh diperkatakan mengenai daerah ini jika dilihat dari pelbagai sudut seperti politik, ekonomi dan juga sosial.

Pada ruang blog ini, saya ingin mengambil kesempatan yang ada untuk memulakan langkah di kalangan rakan-rakan siber yang mempunyai aliran pemikiran yang sama mahupun berbeza untuk memaparkan lontaran pemikiran demi kemajuan daerah tercinta ini. Walaupun ungkapan 'kemajuan' boleh ditafsirkan dari pelbagai perspektif tetapi biarlah dalam ruangan sempit ini ianya dianggapkan sebagai perubahan dan perkembangan sejajar dengan aliran masa.

Saya mempunyai harapan yang tinggi agar mana-mana individu yang berminat berkongsi pandangan agar dapat menggunakan ruang ini untuk sama-sama menyumbang ke arah objektif suci ruang blog ini. Semoga suatu hari nanti ruangan ini dapat membantu walaupun secara maya ke arah perkembangan kemajuan di Daerah Semporna yang tercinta dan sentiasa 'Di hatiku' ini.

Sekian.
Sulaiman bin Tahajuddin
PhD Researcher
University of Essex, Colchester.
United Kingdom.

6 comments:

  1. Hi Dad,
    I like your idea on this blog but it would be much better if you could prepare English version about it. This is what I thought... I guess.

    Your beloved daughter,
    Gia.

    ReplyDelete
  2. I love to, but I prefer to do in Bahasa cause I think most people who are gonna read this will prefer the same way as I do. Sorry about that...

    ReplyDelete
  3. salam, sorry tak dapat komen dlm posting yg berkaitan kerana khuatir jua bercanggah dgn etika sebagai penjawat awam, walaubagaimanapun, saya akan fikirkan cara terbaik. msg

    ReplyDelete
  4. tahniah! kini saya tahu sudah ada anak semporna yang bakal memegang PhD, semoga akan ramai lagi yang menurut langkah cikgu.saya bannga dengan cikgu! (kelas 4B, SMK abdullah, semporna:1995)

    ReplyDelete
  5. to gia,...
    you have a good& great father,...
    tahniah untuk cikgu,...

    ReplyDelete
  6. i m wondering when i c u ur in de 1st time in dis site. Actually v very2 proud with u. may be God blessed to u k.

    from ur 1st brot

    ReplyDelete