Sunday 7 March 2010

Berkongsi Maklumat atau Berbahas.. Perkara yang saya takuti..

Berjumpa lagi,

Saya ingin memperkatakan mengenai pengalaman ketika berbincang, berbahas atau memperdebatkan sesuatu isu. Atau juga, memberikan idea mengenai sesuatu perkara....

Perkara yang paling saya takuti atau risau adalah apabila perbincangan itu melibatkan orang yang mempunyai pandangan yang amat berbeza disebabkan tahap pendidikannya yang berbeza samada terlalu tinggi atau lebih rendah dari saya (maksud saya diukur dari segi pendidikan formal seperti spm, stpm, sarjana muda, sarjana, doktor falsafah dan sebagainya). Bukan niat saya memuji atau merendahkan siapa2, sekadar berkongsi pengalaman.


Masalah akan wujud apabila cuba berbahas dengan mereka yang berpegang pada satu anggapan dan melihat sesuatu itu dari pandangannya sahaja tanpa cuba memahami. Lagi teruk, jika orang itu tidak mengiktiraf pandangan orang lain yang boleh dianggap berilmu. Selalu menganggapkan bahawa dia boleh lebih pandai dari orang itu tanpa perlu belajar untuk menjadi orang yang lebih pandai. Dalam erti kata lain, dia boleh pandai sendiri tanpa perlu diajar atau belajar. Akhirnya, dia menjadi pandai sendiri dan sentiasa mentafsirkan sesuatu isu itu berdasarkan kepandaian yang dicarinya sendiri.

Masalah ini wujud kerana, pada pandangan saya orang itu beranggapan bahawa pengetahuan ini adalah objektif dan bukannya subjektif. Oleh itu, orang itu akan bercakap mengenai pengetahuan tanpa mengenal konsep pengetahuan itu sendiri. Saya sendiri kurang faham mengenai konsep pengetahuan. Walau bagaimanapun, mempelajarinya membuatkan saya lebih menghormati pandangan orang lain. Membuatkan saya lebih mengerti betapa rendahnya pengetahuan saya. Membuatkan saya lebih mudah mengalah setiap kali berbahas kerana tiada gunanya berbahas dengan orang yang tidak mahu cuba untuk memahami konsep pengetahuan itu sendiri. Konsep pengetahuan bagi saya ialah persoalan2 berdasarkan spt apakah pengetahuan? macam mana pengetahuan itu diiktiraf sebagai pengetahuan? Macam mana mendapatkannya? apa kaedah mendapatkannya?

Kesimpulannya, lebih baik saya diam sekiranya berjumpa dengan orang seperti ini. Orang kata, biarkanlah si Luncai dengan labu-labunya.... Kadang-kadang membuatkan saya terfikir kata-kata kesat ketika dua pihak bertengkar iaitu "Tiada gunanya bertengkar dengan orang BODOH seperti kau ni"...... sesuatu yang sering kita dengar tapi jarang kita fikirkan....

Terima kasih..

1 comment:

  1. assalamualaikum,...

    secara mudahnya saya menyifatkan catatan cikgu kali ini adalah tentang perbahasan, yang mana pada sebelah pihak adalah dari jenis yang enggan menerima pendapat orang lain atau fakta sebenar berbanding pendapatnya sendiri.

    cikgu,... teringat saya semasa bersekolah dahulu.bilamana seorang dari kawan saya yang enggan& tidak akan pernah menerima pendapat orang lain.baginya segala apa yang sudah dia ketahui adalah muktamad & tidak boleh dipersoalkan lagi.khasnya dalam isu2 agama& politik.

    namun demikian,kebalnya orang ini juga dapat dilembutkan oleh orang seperti cikgu pada ketika itu.isu yang saya utarakan disini ialah, persepsi & hubungan antara orang yang berbahas sebenarnya mempengaruhi hasil perbahasan itu nanti.

    contohnya, antara dua orang anak murid yang tidak sependapat.pastinya tidak mungkin akan ada yang mengalah jika kedua2nya bersifat ego & merasakan diri mereka betul.sebaliknya, jika mereka merujuk percanggahan pendapat ini kepada guru mereka (seorang yang lebih dihormati & berpengetahuan) maka dengan sendirinya pendapat mereka akan dapat diulas dengan lebih sempurna lagi.

    jika masih juga ada orang seperti yang kita bincangkan tadi, bukan sahaja berdiam diri.malah tidak juga keterlaluan jika saya kata "biarkan si luncai terjun dengan labunya!"

    MAGSUKUL,....

    ReplyDelete